Tuesday, August 30, 2011

A Birthday Cake for Aina!

Btw.. lupa nak stori pasal anakanda sulung..

al-kisah birthday si kakak ni 22 July yang lepas. tuk birthday dia ni aku berhajat nak belikan kek. sbb kawan2 kat skool dia sll celebrate birthday. so dia sll tanya bile birthday dia dan teringin nak potong kek dgn kawan2. ble smp birthday dia aritu, aku pon cakap la nnt akan ada la kek tuk dia potong dan makan sama2 dengan kawan2..

rupa-rupanya.... kek kat skool tu parent ne belikan. mmg parent yg ne belikan tp aku ni plak tah la nape jd x tahu pasal tu. aku igtkan mmg teacher celebrate tuk budak2 tu.. hahaha.. teruk betul, bleh plak aku missed info. disebabkan aku da tercakap kat aina, maka aina pon tertuntut la janji2 kosong aku aritu. sorry syg, ibu bukan nak mungkir janji. tp ibu tersilap maklumat... haha

kena plak time tu bi xde, dia keje. aku pon tangguh2 la tunggu bi blk dulu. ble abah blk dah 'termasuk' plak ke bulan Ramadhan. ble da start puase x sesuai la aku nak belikan kek tuk kakak kan... so, terpakse tukar ke plan B....

pada hari raya ke-2 tu, kami belikan kek tuk aina dan potong la sama2 dgn mak2 dan pak2 sedara, nenek dan aki, ibu dan abah, adik dan sedara mara yg lain.. meriah jugak, dan tercapai la jugak hajat si kakak. alhamdulillah, tertunai janji ibu.. cuma terlewat sambut lebih dr sebulan.. hihi.. sorry ye sayang... :) ibu sayanggg kakak!






Salam Aidil Fitri

hari ini Hari Raya Aidil Fitri.. alhamdulillah.. selepas sebulan berpuasa, kami blk kampung beraya bersama cik dan ayoh serta adik beradik yang lain...

only Allah knows how i feel. it started with a little bit of twist and anger (only with myself not to other) but i managed to cover it up. i managed to let go of the burden and enjoy this moments with my beloved family. and Alhamdulillah, berakah from Allah for my patients, this evening, everything is settled down. solved. end of sad stories. and i felt like a big burden behind my back has been taken away. berkat hari raya. Alhamdulillah... :)

to every Muslims on earth, may Allah bless you and Happy Eidul Fitri.


Monday, August 22, 2011

The Acute Red Eye

Acute Red Eye (ARE) atau di kalangan masyarakat kite tau ia sejenis sakit mata berjangkit yang merah menyala dan bengkak serta bertaik mata.. hehe.. kalau nak tau lebih detail, jangan la segan2 untuk melayari google mencari maklumat.. hehe :)

malas nak detail sgt psl penyakit ni. cuma ptg ni aku nak kisahkan penyakit ni yang melanda family aku seawal 2 Ramadhan yang lalu.......

day 5 ARE. day 1 fasting.
bangun pg tu tgk mata adik mcm ni. terkejut! a circle of blood around her black eye. tp sb terpaksa ne gi keje ade appointment xleh nak skip, ne tunda gi klinik ke mlm tu.. i regret the decision really2 badly.. i should have bring her to the doc sooner.. :(

sebenarnye, anak aku Adya Shuhada kena ARE ni sebelom puase lg. tp hari puase ke-2 tu mata dia melarat sgt teruk smpkan mata dia berdarah dan luka. dia x bleh buka mata langsung. asik duk nangis je, obviously dia memang kesakitan...

day 6 ARE. day 2 fasting.
the next morning after a sleepless night, adik xleh nak bukak mata dah. ble bukak dia nangis sakit. mlm td pon sepanjang mlm nangis je, kesakitan.. she really in pain.. T_T

disebabkan kondisi dia yang teruk sgt tu, aku n hubby dicadangkan doctor tuk refer Adya ke pakar mata. so kami pon wat putusan ke Kuantan Specialist Hospital tuk refer pakar mata kat sane, Doc Quah..

day 5 ARE. day 1 fasting.
otw to Kuantan Specialist Hospital. Mata Adya da start nampak lebam

sepanjang perjalanan tu Adya langsung x leh nak bukak mata. dia sakit sangat dan asik menangis je. patah hati ini ble tgk anak kesakitan mcm tu.. smp spital, doc biuskan mata Adya tuk check mata dia tp Adya melawan n langsung x nak bukak mata dia bg doc check. doc ckp mata adya ade white membrane (which is contained with ARE virus) dan mata hitam Adya dah luka, sbb tu la Adya sakit sangat. doc ckp ne admit ward sb xleh nak cuci mata buang white membrane tu dlm keadaan Adya sedar sbb Adya akan melawan. ne pengsankan dia bru leh proceed cuci mata.

day 6 ARE. day 2 fasting. day 1 KSH.
lepas doc biuskan mata adik sbb nak check baru la dia bleh bukak mata. the bruising was apperant. da mcm ne tumbuk.

the worse, this disease can cause blindness.. Nauzubillah.. sangat terkejut ble tau pasal risk ARE, x sangka bleh jd teruk mcm ni...

so be it, for her sake, she's admitted.. ptg tu jugak kul 4 ptg, kitorang ke Child Unit pastu doc kasi drug and proceed la cuci mata dia. sebak ati ni tgk Adya takut sangat, tp aku kuatkan semangat, pujuk dia. lepas pengsan tu lg la sayu sbb x pernah tgk dia mcm tu. procedure tu kejab je x smpai 1/2 jam kami dah balik ke ward.


it's a painful process to watch ur kid in pain. 1st night kat spital tu kami x tido, Adya asik terjaga tiap 15-20 minit menangis sakit. x tau nak citer cane perasaan ni. dia x pernah sakit mcm tu. paling teruk demam2 dan muntah je. xde la kesakitan yang obvious mcm ARE kali ni... meragut perasaan sungguh... aku mampu doa dan tenangkan dia je la. cubaan yg sungguh kuat tuk aku tempuh...

day 8 ARE. day 4 fasting. day 3 KSH.
this is a huge moment! adya open her eyes for the 1st time after 4 days.

x tau nak ckp ar perasaan aku mase ni. menangis gembira. sebak, happy, so overwhelming! pagi tu Doc Quah cuci lg skali mata Adya sbb smlm check ade lg white membrane tu, pahtu luka dia pon makin teruk, bukaan luka tu makin lebar. doc really concerned bout her condition. aku pon sgt2 risau. doc ordered to put the eye pad 2 days straight, xleh bukak terus. ne duk lg 2 mlm kat spital so doc and nurses can constantly check on her.


so ble Adya bukak mata ptg tu ibu dan abah sgt2 terkejut dan gumbira. Alhamdulillah, syukur sesangat.. it's a good sign, her eyes is healing and getting better.

day 10 ARE. day 6 fasting. day 5 KSH.
baru je lepas bukak eye pad. dah ketara berbeza dari hari mula2 admitted. alhamdulillah..

2 minggu jugak baru Adya sembuuh. hari Adya discharge tu Aina plak yg terkena ARE. ble Aina nak sembuh dah, aku plak yg kena.. huhu.. sabo je la.. dlm duk berjaga2 bagai nak rak, nak elak dr berjangkit, aku terkena jugak. once dah kena, jgn mimpi la nak cepat2 sembuh.. 2 minggu jugak baru la mata ok.. arini da masuk ari ke 9 aku ARE, da makin surut pon bengkak dan merah..

cant imagine how other parents feels when their kids in critical health condition, adya yg setara ni pon aku da x keruan x lalu makan x mahu tido.... God bless all those parents and kids.... Ameen..

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua..

hari ni 1st day puasa. puase x? aku of course, puasa.. Alhamdulillah.. :) setakat jam aku post ni, aku masih segar dan kuat. hehe. cuma tekak la haus sikit. biase la kan..

menu hari ni ape ye? ekceli aku blom pon plan lg menu. tekak ni terasa nak makan udang goreng dan minum air sejuk² je. arap² nnt berbuka x de la aku termakan terlebih terbanyak.. hehe.. sama² la kte mengawal nafsu sepanjang bulan puasa ni ye..

tahun ni da masuk tahun ke-6 puasa sama² ngan hubby dan anak² tercinta. Alhamdulillah..

moga Ramadhan tahun ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua. InshaAllah..