Showing posts with label My Princess. Show all posts
Showing posts with label My Princess. Show all posts

Monday, August 22, 2011

The Acute Red Eye

Acute Red Eye (ARE) atau di kalangan masyarakat kite tau ia sejenis sakit mata berjangkit yang merah menyala dan bengkak serta bertaik mata.. hehe.. kalau nak tau lebih detail, jangan la segan2 untuk melayari google mencari maklumat.. hehe :)

malas nak detail sgt psl penyakit ni. cuma ptg ni aku nak kisahkan penyakit ni yang melanda family aku seawal 2 Ramadhan yang lalu.......

day 5 ARE. day 1 fasting.
bangun pg tu tgk mata adik mcm ni. terkejut! a circle of blood around her black eye. tp sb terpaksa ne gi keje ade appointment xleh nak skip, ne tunda gi klinik ke mlm tu.. i regret the decision really2 badly.. i should have bring her to the doc sooner.. :(

sebenarnye, anak aku Adya Shuhada kena ARE ni sebelom puase lg. tp hari puase ke-2 tu mata dia melarat sgt teruk smpkan mata dia berdarah dan luka. dia x bleh buka mata langsung. asik duk nangis je, obviously dia memang kesakitan...

day 6 ARE. day 2 fasting.
the next morning after a sleepless night, adik xleh nak bukak mata dah. ble bukak dia nangis sakit. mlm td pon sepanjang mlm nangis je, kesakitan.. she really in pain.. T_T

disebabkan kondisi dia yang teruk sgt tu, aku n hubby dicadangkan doctor tuk refer Adya ke pakar mata. so kami pon wat putusan ke Kuantan Specialist Hospital tuk refer pakar mata kat sane, Doc Quah..

day 5 ARE. day 1 fasting.
otw to Kuantan Specialist Hospital. Mata Adya da start nampak lebam

sepanjang perjalanan tu Adya langsung x leh nak bukak mata. dia sakit sangat dan asik menangis je. patah hati ini ble tgk anak kesakitan mcm tu.. smp spital, doc biuskan mata Adya tuk check mata dia tp Adya melawan n langsung x nak bukak mata dia bg doc check. doc ckp mata adya ade white membrane (which is contained with ARE virus) dan mata hitam Adya dah luka, sbb tu la Adya sakit sangat. doc ckp ne admit ward sb xleh nak cuci mata buang white membrane tu dlm keadaan Adya sedar sbb Adya akan melawan. ne pengsankan dia bru leh proceed cuci mata.

day 6 ARE. day 2 fasting. day 1 KSH.
lepas doc biuskan mata adik sbb nak check baru la dia bleh bukak mata. the bruising was apperant. da mcm ne tumbuk.

the worse, this disease can cause blindness.. Nauzubillah.. sangat terkejut ble tau pasal risk ARE, x sangka bleh jd teruk mcm ni...

so be it, for her sake, she's admitted.. ptg tu jugak kul 4 ptg, kitorang ke Child Unit pastu doc kasi drug and proceed la cuci mata dia. sebak ati ni tgk Adya takut sangat, tp aku kuatkan semangat, pujuk dia. lepas pengsan tu lg la sayu sbb x pernah tgk dia mcm tu. procedure tu kejab je x smpai 1/2 jam kami dah balik ke ward.


it's a painful process to watch ur kid in pain. 1st night kat spital tu kami x tido, Adya asik terjaga tiap 15-20 minit menangis sakit. x tau nak citer cane perasaan ni. dia x pernah sakit mcm tu. paling teruk demam2 dan muntah je. xde la kesakitan yang obvious mcm ARE kali ni... meragut perasaan sungguh... aku mampu doa dan tenangkan dia je la. cubaan yg sungguh kuat tuk aku tempuh...

day 8 ARE. day 4 fasting. day 3 KSH.
this is a huge moment! adya open her eyes for the 1st time after 4 days.

x tau nak ckp ar perasaan aku mase ni. menangis gembira. sebak, happy, so overwhelming! pagi tu Doc Quah cuci lg skali mata Adya sbb smlm check ade lg white membrane tu, pahtu luka dia pon makin teruk, bukaan luka tu makin lebar. doc really concerned bout her condition. aku pon sgt2 risau. doc ordered to put the eye pad 2 days straight, xleh bukak terus. ne duk lg 2 mlm kat spital so doc and nurses can constantly check on her.


so ble Adya bukak mata ptg tu ibu dan abah sgt2 terkejut dan gumbira. Alhamdulillah, syukur sesangat.. it's a good sign, her eyes is healing and getting better.

day 10 ARE. day 6 fasting. day 5 KSH.
baru je lepas bukak eye pad. dah ketara berbeza dari hari mula2 admitted. alhamdulillah..

2 minggu jugak baru Adya sembuuh. hari Adya discharge tu Aina plak yg terkena ARE. ble Aina nak sembuh dah, aku plak yg kena.. huhu.. sabo je la.. dlm duk berjaga2 bagai nak rak, nak elak dr berjangkit, aku terkena jugak. once dah kena, jgn mimpi la nak cepat2 sembuh.. 2 minggu jugak baru la mata ok.. arini da masuk ari ke 9 aku ARE, da makin surut pon bengkak dan merah..

cant imagine how other parents feels when their kids in critical health condition, adya yg setara ni pon aku da x keruan x lalu makan x mahu tido.... God bless all those parents and kids.... Ameen..

Friday, April 29, 2011

anak2 dah sihat! :)

Alhamdulillah..

arini rasenye anak2 dah fully recovered dr demam dan muntah. kecuali aina ade batuk2 belum sembuh lg. tp at least skrg da bleh makan (even belum bebetul berselera) dan x muntah.

kami still kat kampung. seminggu jugak kat sini. kalau balik rumah tp anak2 blom sihat, aina x dpt gi skolah jugak. so rehat la dulu kat kampung. InsyaAllah kalau xde aral esok petang kami balik la KJ.

rindu dah kat rumah. mcm mane lah keadaan pokok2 kat umah tu. jangan mati kering dah la. aritu mase nak blk kampugn terlupa nak mintak tolong kat jiran sebelah siramkan pokok2 tu. hurm.. tapi yg lepas2 kalau kak yah tengok kering dan layu je pokok2 tu dia ade jugak tolong siram even aku x mintak tlg pon. arap kali ni pon dia tolong jugak lah.

lg satu, asik duk teringat nasib ikan2 dlm aquarium dlm umah tu, Bella dan Cik Puteh. aritu aku da masukkan holiday feed dlm aquarium tu, tp feed yg 3hari. stok feed yg seminggu da abis. arap2 x mati jugak la dorg tu. sedih lg la aina nnt. aku pon sedih jugak sbnrnye. isk.. sayang jugak da bela lame tu kalau mati kan.. sian bella ngan cik puteh. arap korang xde pape ye. tunggu kami balik esok ok! hurm.... :/

malam ni sempat la jumpe my 3rd younger bro. duk KL, skrg da otw nak blk kampung. nak bawak balik barang2 tuk hantaran kahwin dia bulan 6 nanti. x lame lg dah majlis dia. persiapan pon da start beberapa bulan lepas dah. rasenye xde masalah kot, bleh buat skit2. adik2 pon ramai leh tolong.


Saturday, April 23, 2011

extremely stress rite now!

for the 1st time, i think i'm in a BLUR MODE...

mlm td adya start vomiting. dr pukul 12 mlm sampai la pagi. entah berapa belas kali dia terjaga dan muntah2. sblm ni x pernah jd mcm ni. x tido aku mlm td..

pg td dia sgt lemah, makan x mau, susu x mau, air je minum.. tu pon muntah jugak.. muntah lg dan lg sampai tgh ari aku bwk dia gi Klinik Rantau. asalnye terfikir nak bawak terus ke Hospital Dungun tp ble teringatkan pengalaman yg lepas nak hadap nurse kat situ yang mcm sial, aku cancel niat tu.

kat klinik doc just masuk ubat tahan muntah kut punggung. katanye x perlu lg masuk air sbb adya nmpk minum air even dia muntah, so x hydrated katenye. cuma lepas 2 jam klu muntah jugak dia suruh aku bwk adya ke hospital.

otw balik ke rumah tu x tau nak ckp la, berkali2 muntah aku x larat nak tengok. sampai tertido. smp umah dia bangun tu aku paksa makan buah anggur, makan skit bubur, tp blom pon abis suap dia da muntah lg..

tho, lepas makan bubur tu adya nampak active. siap mtk izin nak gi main kat umah jiran. tp kejab lepas tu dia blk rumah da nampak lemah balik. badan da panas. dia demam.

sampai tahap ni, aku tetiba jadi blur! x tau nak pikir ape. klu dia muntah2 pastu cirit birit tu mungkin la dia poisoning. tp ini tidak, dia muntah je. arrghhh!

skrg aku duk mundar mandir x tau nak buat ape. nak terus ke hospital ke, nak gi klinik kesihatan sini dulu ke, or nak gi private clinic kat Paka tu je??? masalahnye, mane2 pon same je!! layanan mcm taik! geram nyeh!

aku da jadi bengong...

tgh aku taip ni adya muntah lg skali. dan aku buat keputusan nak terus ke Hospital Dungun. alih2 ke hospital hantu tu jugak kan.. ape nak buat. aku hanya la orang kebanyakan, bukan kenamaan. xde special ape2.. BUT this time! i wont let those mean people treat my daughter like shit! damn i'll smack them down if they dare! &^#%@*($&)!(*@

huh.. x guna marah. Istighfar madah... you have to be strong! Ya Allah, lindungi kami dr segala kesulitan dan kesusahan.

Ameen T_T

Sunday, April 3, 2011

cik puteh

tgh ari td lepas pick up aina kat skool, aku terus bwk anak² gi pet shop. hajat nak carikan carp fish gantikan arwah johnny, boifren baru tuk bella.. huhu

sampai je kat kedai tgk stok carp fish kat kedai tu xde yg besar, ade yang kecik² je.

aina mcm x nak carp kecik² tu. warna pon x sama. tp malas dah aku nak pusing² cari pet shop lain, aku beli je la...


so, we adopted this white and red headed carp fish. we named her Cik Puteh.

mesti ade yang pelik ngan post aku ni.. haha!

aku sejak dulu suke namakan semua mende kesayangan aku. tu la sebab nye.... hihi

x tau ngape tp aku suke dorg ade nama. bukan pet jek, teddy bear, or any soft toys klu aku suke aku akan namakan. ble da tua bangka mcm ni pon still x leh nak buang tabiat yg satu ni.. skrg aku perturunkan plak tabiat ni kat anak².

mungkin ble namakan dorg ni, aku akan rase lebih close ngan mende² kesayangan aku tu.




ni soft toy yang aku bli tahun 2001. still ade lg jd mainan anak² plak skrg. mate da buta sebelah, ade satu je mate. nama dia MooMoo. hihihi.. salah satu mende yang aku sayang dan still ade. scooter mosquito aku aritu aku namakan Itto.... hahaha.. tah le... tabiat buruk yang susah nak ilang.. :P

fish aina da mati

awal tahun ni, 1st day aina skool aku belikan dia 2 ekor carp fishes.. seko yg merah kami namakan johnny. seko lg yg oren² skit kami namakan bella.

al-kisah.. bangun pg td si johnny da mati.... aku punye terkejut sbb mlm td dia ok je sihat main kejar² ngan bella. xde nampak simpton² x sihat pon. 1st thing that comes into my mind is my daughter, Aina. aku tau aina sayang sgt fish dia.

gabra jab sbb salah satu kemungkinan sebab johnny mati tu mungkin sbb aku x cuci aquarium lame sgt aritu.. 3 minggu! but on 2nd thought, i dont think that might cause his death. sbb aquarium org lain berkulat x pernah cuci pon ikan leh je idup........ ngape plak ble aku x cuci johnny mati?? mungkin johnny sakit perot, tp sbb johnny xleh nak bgtau so dia mati gitu je la....

hurm..... (aku nak sedapkan ati sendiri)

so... ble aina bangun pg td start la sesi airmata dia. sedih sgt dia wei! aduyai! ikan je pon! tp nak wat cemane, da dia tu sensetip.. nangis esak², asik duk tnye ngape johnny mati. mati kutu aku nak jawab. x berani aku nak sebut sbb aquarium dia xbersih. sbb aku tau, aina akan marah aku dan ungkit salah aku tu for the rest of her life! haha.. so aku ckp la johnny mati sbb sakit perot terlebih makan....

hurm.....

sepanjang dlm kete nak gi skool td dia termenung jek.. sedih plak.. so aku janji la ngan dia ptg nnt nak gi cari fish baru. terus dia senyum.. hopefully kejab je la sedih dia. smp skool terus bgtau ticer johnny da mati. tercengang ticer² semua sbb x tau sape johnny.. ble aku ckp johnny tu ikan tergelak plak dorg. huhu.. sabo je la..

petang ni lepas jemput aina blk skool, aku plan nak bwk gi kedai ikan tu. cari ikan baru.

sekarang aku ne pikirkan name baru tuk ikan baru tu nnt... erm...

Friday, January 28, 2011

Malam ini..

Assalamualaikum..

Lame x post. Da nyawa2 ikan blog aku.. Al-kisah dipendekkan cerita, monitor pc aku aritu tetiba plak rosak. Bile anto kedai nak baiki, sparepart plak xde. Part yg rosak tu sgt la kecik mendenye, tp pe nak buat, ssh nak cari kat kedai.. Geram pon ade, tp sabo je la..

Al-kisah lg, tgh plan2 nak gi cari monitor baru, kereta hubby plak wat hal.. So smp skrg pc tu blom bleh on la. Mlm ni aku online guna netbook adik aku. Pinjam la sehari dua wat ilang gian aku berinternet.. Haha..

Byk sgt mende aku nak cerita aritu, tp ble da hadap mcm ni terasa blank plak...

Ok, 1st thing aku nak update pasal school session aina.. Alhamdulillah, da lepas pon fasa menderita. Yang mane, menderita yg aku maksudkan tu adalah bila terpaksa tgk dia nangis ari2 time hantar ke skool. Aina akan jerit, "Ibu! Aina syg ibu! Aina nak ikut ibu balik! Aina syg ibu!". Ko bayangkan la, cane aku ni mak dia nak tinggalkan dia ble dia nangis jerit2 mcm tu.. Penat wei.. Kesian sgt nak tgk keadaan dia mcm tu.. Da mcm aku nak tinggal dia terus kat situ x nak amik2 dah.. Haha.. Drama x hengat.. Skrg dia da ok. Dia plak yg sibuk mtk nak gi skool. Sukenye..

Tp, time aku post ni, kereta hubby aku broke down. So xtau lg next 2 weeks aina dpt gi skool ke x. Sian aina. Last week, 3 ari dia missed her skool. 1 ari demam, lg 2 ari tu psl kereta broke down. X sempat setel part nak beki kete tu, hubby da ne away gi keje. Hopefully, my bro in law willing to help. Tunggu spartpart je la skrg ni.. Lama sgt miss her classes takut tercicir plak...

Hurm.. Apakan daya.. Sabar je la.. Ini semua dugaan. Moga2 ade la rezeki kami thn2 akan dtg nak beli kete baru. Kereta baru yg bungkus dgn plastik tu.. Hahaha.. INSYA'ALLAH! One day.... :)

2nd thing... Ape ye nak citer..? Hahaha.. Blur sungguh la..

Hubby aku da fly smlm. Arini aku dgn anak2 je la. Dgn keadaan kereta yg xleh nak gi mane2 tu, aku stay rumah je la. Boring la jawabnye.. Skrg cuaca plak hujan je, terperap dlm umah. Bertambah la boring. Klu x petang2 bleh gak lepak2 luar umah, belai2 pokok ke.. Anak2 pon klu asik terperap mcm ni byk la buat onar. Jenuh jugak aku, kdg2 ilang sabar jugak. Hadoih... Sabo sabo jgn x sabo.. Hehe

Tp arini ok la, umah jiran kat depan tu kenduri anak dia nikah. Arini byk spend mase kat umah dia la. X de la tlg ape sgt pon, bleh dikatakan, x tolong langsung! Haha, aku duk lepak2 saje je sambil2 mkn mcm2.. Suke mkn2 ni.. :P Mlm ni sesi akad nikah. Adya leh plak buat scene kat majlis org td. Meraung2 terpekik2 buat perangai, geram sgt2. Spoil betol, sian pengantin pompuan, hubby dia lafaz nikah pon dia da x dpt dengar. Sure frust gile babun. Klu aku jd dia pon mau aku sekeh kepala adya mse tu.. Time adya menjerit kuat tu aku stuck kat dlm bilik pengantin, nak lari bilik lain ruang depan da penuh tamu. Rasa bersalah sgt tau... Eeii.. Ngape la dorg x panggil pengantin pompuan duk kat luar time nak akad tu, klu x konfem x de jd mcm td. Masalahnye, aku ni la yg rase bersalah, sbb aku faham ape perasaan klu aku jd pengantin pompuan tu...... :/

Esok kenduri plak kat umah dia.. Erm.. Arap semua ok la..

Skrg aku bebetul blur. Dah la tu.. Till nex time. Tata.

Wednesday, December 15, 2010

Hilarious Momentzzzzzzzzz

Sgt kelakar hari ini.. Tengah hari td tgh kami semua lunch. Sesedar Adya da terlena kat meja makan. Kesian pon ade, sbb aku tau kenapa dia smp terlelap mcm tu.. :) Dia x berapa sihat 2 ari ni, batuk skit² je. Meragam jugak la x selesa.

Sayang sgt dia... :)