Sunday, April 24, 2011

More Dramas Today!

drama, drama, drama... dr semalam sampai arini, x abis2 drama dlm idup aku..

sabo je lah..

so mlm td aku gi Hospital Dungun. gratefully, ade la 2 org hamba Allah merangkap sahabat2 aku sudi nak menolong.. Allah je tau makna kehadiran dorg kat hospital tu mlm td.. i really need them while i'm all alone with my kids. sgt2 stress dan blur sampaikan time aku bawak kete tu koya jek rase x tau nak pikir ape.. bebetul bengong.. may be sbb kurang tido, kurang rehat, risau, susah ati tengok anak2, macam2 nak pikir xde org nak support kat umah. hubby keje. even bile ade org respond kat status aku kat facebook tu aku rase sangat sangat dan tersangat2 lega!

sampai hospital kul 10, rase lega dan tenang skit ade kawan2 teman skali. masuk Emergency Room kul11, doc check skit pastu ambik darah dan masuk air. menjerit2 adya time nak cucuk tu. ni 2nd time dia masuk ER tp 1st time ne cucuk. terkedu gak aku tp alhamdulillah, kejab je nangis. lepas tu dia tido je sepanjang 3jam proses masuk air tu.

kul1 doc dtg bagitau darah adya clear. so x perlu admit ward.. YEAY! i gave a super big relief sign. Alhamdulillah.. my biggest fear, takut adya termakan poison or kutip2 makanan tercemar virus2 bahaya. at least ble blood clear, rase lega amat sgt. lepas tu baru aku bleh senyum and borak2 dengan patient sebelah.. huhu.. kami kuar hospital kul2. adik aku yang study UITM dungun tu ade time tu menjenguk anak sedara.

singgah makan dulu sblm balik umah. da setel semua baru teringat aku breakfast roti canai je pagi tu. lupe terus lunch and dinner. sesedar kul2pagi tu perot da bergendang lagu heavy metal! so melantak dengan perasaan lega! ehek!

this time, the experience was not as bad as the one that we had before. doc and nurses yg pengalaman lepas bebetul wat aku trauma and gerun dengan ER hospital kerajaan. kali ni doc and nurses sume ok. aku rase mungkin ade org da buat report kot, sbb lain benar suasana nye! aritu scarry hospital, sekarang more to calming hospital.. gile ketara..

x kisah la. janji mlm td keadaan x teruk seteruk yg aku sangka.. Alhamdulillah. even bi xde xdapat balik, aku xde hadapi rintangan besar sgt. semua smooth.. syukur sgt..

this morning, adya was so much better. demam dia x teruk sgt, xde cirit birit, ble dia da stop muntah, bleh makan minum, dia cergas mcm biase la.

UNFORTUNATELY! tgh ari td aina plak yang demam. tapi keadaan x macam adya semalam. aina muntah teruk jugak tp dia muntah sbb demam rasenye. adya tu muntah x tau punca. aina ni rasenye leh handle je. insyaAllah.

baru kejab ni ibu aku di kampung call. dia ngan ayah nak datang jemput kami semua balik kg. dorang risau aku sorang kat sini nak handle anak2 yg mcm2 hal lately ni.. aku rase pon, itu la yang terbaik. sekurang2nye kalau ape2 keadaan pon, ade keluarga nak tolong or at least give me some moral support (that i need the most).

sekarang aku nak gi kemas2 barang skit, kemas rumah yg da mcm tongkang pecah gara2 keadaan huru hara semalam. pack baju. tunggu je Aki dan Nenek datang jemput Aina, Adya dan aku skali..

Saturday, April 23, 2011

extremely stress rite now!

for the 1st time, i think i'm in a BLUR MODE...

mlm td adya start vomiting. dr pukul 12 mlm sampai la pagi. entah berapa belas kali dia terjaga dan muntah2. sblm ni x pernah jd mcm ni. x tido aku mlm td..

pg td dia sgt lemah, makan x mau, susu x mau, air je minum.. tu pon muntah jugak.. muntah lg dan lg sampai tgh ari aku bwk dia gi Klinik Rantau. asalnye terfikir nak bawak terus ke Hospital Dungun tp ble teringatkan pengalaman yg lepas nak hadap nurse kat situ yang mcm sial, aku cancel niat tu.

kat klinik doc just masuk ubat tahan muntah kut punggung. katanye x perlu lg masuk air sbb adya nmpk minum air even dia muntah, so x hydrated katenye. cuma lepas 2 jam klu muntah jugak dia suruh aku bwk adya ke hospital.

otw balik ke rumah tu x tau nak ckp la, berkali2 muntah aku x larat nak tengok. sampai tertido. smp umah dia bangun tu aku paksa makan buah anggur, makan skit bubur, tp blom pon abis suap dia da muntah lg..

tho, lepas makan bubur tu adya nampak active. siap mtk izin nak gi main kat umah jiran. tp kejab lepas tu dia blk rumah da nampak lemah balik. badan da panas. dia demam.

sampai tahap ni, aku tetiba jadi blur! x tau nak pikir ape. klu dia muntah2 pastu cirit birit tu mungkin la dia poisoning. tp ini tidak, dia muntah je. arrghhh!

skrg aku duk mundar mandir x tau nak buat ape. nak terus ke hospital ke, nak gi klinik kesihatan sini dulu ke, or nak gi private clinic kat Paka tu je??? masalahnye, mane2 pon same je!! layanan mcm taik! geram nyeh!

aku da jadi bengong...

tgh aku taip ni adya muntah lg skali. dan aku buat keputusan nak terus ke Hospital Dungun. alih2 ke hospital hantu tu jugak kan.. ape nak buat. aku hanya la orang kebanyakan, bukan kenamaan. xde special ape2.. BUT this time! i wont let those mean people treat my daughter like shit! damn i'll smack them down if they dare! &^#%@*($&)!(*@

huh.. x guna marah. Istighfar madah... you have to be strong! Ya Allah, lindungi kami dr segala kesulitan dan kesusahan.

Ameen T_T

Tuesday, April 19, 2011

Extreme Gardening!


misi penyentalan laman masih giat berjalan. hari ni da masuk hari ke 5 aku bermandi peluh, tanah dan cacing. nice! tak kisah je. satu senaman tuk aku untuk sesi penyentalan lemak² jugak. bagos kan? 2 dalam 1, sambil menyelam kite minum air!

gambar tak ambik pon. lupe. patotnye amik gambo sebelom dan selepas baru leh nampak perbezaan kan. excited sgt smp terlupe nak capture gambu² tersebut. arini rasenye da ok skit la. ade la nampak berbeza skit dr yang sebelum ni. mungkin nak bandingkan dgn laman org lain, aku punye xde la menarik pon. baru nak bertateh² nak belajar bercucuk tanam.

lagipon, aku ade plan tersendiri tuk laman aku tu. plan jangka panjang. so sekarang ni, belum pon masuk fasa pertama plan aku. sebab, aku nak tunggu siap dulu rumah kami tu nanti baru la re-decorate balik halaman rumah ni secara serious. sekarang ni cukup la sekadar nak kurangkan semak, sejukkan suasana dan sedapkan mata.. :)

sebulan dua ni, aku plan nak sental rumput² tu pastu nak tanam rumput karpet. da tanam sikit2 kat certain tempat. nnt nak luaskan lagi halaman rumput karpet tu. insyaAllah!

malam ni mcm malam² yang lepas, aku penat mcm nak mati. tp mlm ni ade upah plak, hubby ajak gi kedai roti canai. da lame teringin nak makan roti canai kat kedai dgn bi dan anak². sebelum ni slalu aku lepak mkn dgn anak² je ble bi gi keje, memang terasa x lengkap ble bi xde skali. teringin nak lengkapkan perasaan yang x lengkap itu... :) tunggu lepas isya' nnt kite gi serbu kedai roti canai kat simpang felda kerteh 4! yeay!

Sunday, April 17, 2011

Hari Ini Saya Sangat Penat! ~.~


Jam baru pukul 6 petang tadi aku da mamai.. Mata rase nak terpejam jek. Penat giler..

Awal² pagi mcm biase la, arini ari Ahad, shool day Aina so bangun awal pagi siap² kan diri sendiri, siap²kan si kecik yang nak kena gi skolah. arini aku yang hantar, slalunye hubby yang hantar aina tp arini dia berhajat nak siapkan projek kecil dia kat longkang depan umah tu.

lepas hantar aina, aku gi lencong gi Rohana Nursery kat Paka tu, beli batu sungai sepeket RM10, berhajat nak cantikkan 2 3 pasu kat laman tu. pastu singgah bli kuih utk breakfast.

lepas kami breakfast pg td, start la projek nak kemas laman tu. aritu terbengkalai lame jugak laman tu sbb rumput terbiar lame x potong, nampak semak, aku pon turut bersemak skali. lemau. skrg rumput da potong, da clear, baru semangat tu datang balik. 2 3 arini bersungguh bukan main aku menyental laman tu. penat! tapi sangat puas ati.. :)

lepas tu, aku mintak hubby carikan dawai, nak gatungkan pasu² orkid tu kat bawah pokok jambu. semalam time hubby angkat tilam nak jemur, dia terlanggar satu pasu orkid aku sampai jatuh pahtu patah orkid ku sayang itu! sangat sedih! disebabkan itu, aku pon tekad le nak alih pasu² tu jauh sikit dr laluan kitorang. so td siap la semua 6 pasu orkid aku tu tergantung bwh pokok jambu. sampai x sedar jam da kul 1 tgh ari, aina nak kena jemput balik dr skolah. kelam kabut jugak hubby aku gi td.

dah setel orkid, start masak plak. lepas lunch pon da petang, ne siap² plak nak ke Dungun umah kawan, dorang buat makan² skit sempena birthday anak dorang. lepas lepak sana, singgah umah ayah mertua plak bawak cucu berdua ni jumpe TokKi dan TokMuda. jam da pukul 6.30 petang baru kitorang balik rumah.

sampai umah org dah abis azan maghrib. baru terhegeh² nak siram pokok. time tu rase penat giler dah! skrg da masa rehat kitorang. da setel solat, sempat ngadap kejab ni terasa nak post plak.

Wednesday, April 13, 2011

bile hati terguris... T_T


bile org lain yang berkata² slalunye impak x la kuat sangat kan..? haku pedulik hape korang nak cakap... tapi bile org kte syg, sedara-mara, buat statement yang dengan sengaja dan bertujuan nak sakitkan hati, impak dr itu tersangat la menyakitkan...

aku ni plak sentimental dan sensetip sepanjang zaman.. ape nak buat.. kalu bleh elak, memang nak elak. tp bak kate pepatah orang tua², kerana mulut badan binasa, terlajak sampan bleh tarik balik, terlajak kata luka berdarah lah akibatnye..

sabo je lah. sama² la kita tunggu luka tu sembuh pahtu leh tambah koleksi parut yang huduh kat hati ini... huhu