Sunday, April 17, 2011

Hari Ini Saya Sangat Penat! ~.~


Jam baru pukul 6 petang tadi aku da mamai.. Mata rase nak terpejam jek. Penat giler..

Awal² pagi mcm biase la, arini ari Ahad, shool day Aina so bangun awal pagi siap² kan diri sendiri, siap²kan si kecik yang nak kena gi skolah. arini aku yang hantar, slalunye hubby yang hantar aina tp arini dia berhajat nak siapkan projek kecil dia kat longkang depan umah tu.

lepas hantar aina, aku gi lencong gi Rohana Nursery kat Paka tu, beli batu sungai sepeket RM10, berhajat nak cantikkan 2 3 pasu kat laman tu. pastu singgah bli kuih utk breakfast.

lepas kami breakfast pg td, start la projek nak kemas laman tu. aritu terbengkalai lame jugak laman tu sbb rumput terbiar lame x potong, nampak semak, aku pon turut bersemak skali. lemau. skrg rumput da potong, da clear, baru semangat tu datang balik. 2 3 arini bersungguh bukan main aku menyental laman tu. penat! tapi sangat puas ati.. :)

lepas tu, aku mintak hubby carikan dawai, nak gatungkan pasu² orkid tu kat bawah pokok jambu. semalam time hubby angkat tilam nak jemur, dia terlanggar satu pasu orkid aku sampai jatuh pahtu patah orkid ku sayang itu! sangat sedih! disebabkan itu, aku pon tekad le nak alih pasu² tu jauh sikit dr laluan kitorang. so td siap la semua 6 pasu orkid aku tu tergantung bwh pokok jambu. sampai x sedar jam da kul 1 tgh ari, aina nak kena jemput balik dr skolah. kelam kabut jugak hubby aku gi td.

dah setel orkid, start masak plak. lepas lunch pon da petang, ne siap² plak nak ke Dungun umah kawan, dorang buat makan² skit sempena birthday anak dorang. lepas lepak sana, singgah umah ayah mertua plak bawak cucu berdua ni jumpe TokKi dan TokMuda. jam da pukul 6.30 petang baru kitorang balik rumah.

sampai umah org dah abis azan maghrib. baru terhegeh² nak siram pokok. time tu rase penat giler dah! skrg da masa rehat kitorang. da setel solat, sempat ngadap kejab ni terasa nak post plak.

2 comments: